Budaya Melayu
Permaian Getah
Khamis, 29 Julai 2010 / 7:52 PTG ♥
Permainan ini dinamakan 'main getah' kerana bahan yang digunakan ialah getah halus berbentuk gelang yang digunakan sebagai pengikat bungkusan atau barang-barang kecil. Ia sesuai dimainkan oleh kanak-kanak lelaki atau perempuan dan biasanya mereka bermain di dalam rumah. Tempat bermain adalah di atas simen atau lantai papan yang tidak berlubang. Permainan ini merupakan permainan masa lapang terutama di musim hujan kerana pada masa itu kanak-kanak terpaksa berada di dalam rumah. Untuk meluangkan masa lapangnya mereka melakukan permainan ini.
Permainan Ting Ting
/ 7:49 PTG ♥
Permain ting ting merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk mengimbang badan ke padan/ paduk. Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau tiga (3) orang seregu sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Gundu/ Tagan. Gelanggangnya adalah permukaan yang rata; dibina Rumah Ketinting yang mengandungi 9 petak segi empat sama berukuran 40 cm setiap petak iaitu Satu petak – loteng, Dua petak – serambi, Satu petak – tengah, Satu petak-kelek, Dua petak-lambur, Dua petak-tangga. Jarak paduk dengan tangga 5 meter.
Permainan Biji Saga
/ 7:47 PTG ♥
Permainan biji saga dikenali dengan nama 'main buah saga'. Nama yang lebih tepat ialah biji saga kerana bahan yang dijadikan alat permainan ini adalah biji saga. Permainan ini sesuai dimainkan oleh kanak-kanak perempuan. Bagaimanapun ada juga kana-kanak lelaki yang bermain permainan ini. Tempat bermain yang paling sesuai ialah di atas simen. Lazimnya apabila permainan ini diadakan, rakan-rakan sebaya akan duduk berhampiran untuk menyaksikan kecekapan dan kebolehan sesesorang pemain melagakan biji saga yang diselerakkan di atas lantai.
Permainan Menyabung Ayam
/ 7:41 PTG ♥
 Sekarang kami akan berbincang tentang permainan Menyabung Ayam. Satu permianan yang digemari oleh masyarakat Melayu ialah permainan menyabung binatang-binatang ternakan seperti lembu, kerbau dan ayam. Permainan ini misalnya diadakan sempenan sesuatu upacara tertentu yang disambut oleh masyarakat Melayu seperti ketika menyambut kelihiran bayi, perkahwinan dan pentabakan raja. Permainna ini melibatkan pertaruhan wang atau sejenis perjudian, tetapi pemilik ayam boleh mendapat bayaran tanpa turut serta dalam pertaruhan menyabung dengan cara menyewakan ayamnya jika ayamnya itu telah terkenal sering beroleh kemenangan. Dengan ini, Terima Kasih!
Permainan Guli
/ 7:40 PTG ♥
Permainan guli amat digemari oleh kanak-kanak di merata-rata tempat di Malaysia. Ia tidak memerlukan ruang atau padang yang luas. Di kampung-kampung, biasanya kanak-kanak bermain guli di halaman rumah. Permainan ini tidak mempunyai musim tertentu. Alat permainan ini hanya merupakan benda bulat yang diperbuat daripada batu dan kapur. Lazimnya 2 jenis guli akan digunakan iaitu guli batu dan guli kapur.
Permainan Sepak Raga
/ 7:37 PTG ♥
Hari ini kami akan berkongsi tentang permainan Sepak Raga. Permainan Sepak Raga sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu, permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan. Sekarang, Sepak Raga lebih dikenali sebagai Sepak Takraw. Sepak Takraw bukan sahaja dimain oleh orang bangsa melayu tetapi dimain oleh orang bangsa-bangsa lain. Bola Sepak Raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. CARA BERMAIN: Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan. Inilah informasi untuk Permainan Tradisional kami; Sepak Raga Terima Kasih!
Apakah permainan layang-layang ?
/ 7:22 PTG ♥
 Permainan layang-layang, juga dikenali dengan nama wau merupakan satu aktiviti menerbangkan layang-layang tersebut di udara.Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan kerajaan Melayu Pattani (Thai) memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.Mengikut satu cerita, wau itu pada awalnya adalah permainan tanpa nama. Permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak ini diperbuat dari daun tertentu yang diikat pada tulang belakang daun tersebut dengan tali kelopak batang pisang atau urat-urat daun nenas. Wau dimainkan di tempat yang berangin. Satu waktu, permainan tanpa nama itu putus talinya, dan anak itu pun menangis “wa,wa,wa,wa…”, maka, menurut yang empunya cerita, lahirlah perkataan "Wau". Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggangkebayan, wau sewah,wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan.
|
Tentang Kami
Kami Nur Faezah dan Deanna dari Sekolah Menengah St Margaret's.Di blog kami ini,kami akan mencatat semua tentang permainan tradisional melayu.

Links
Pertandingan Blogging
Tiara dan Dianatul
Hanna,Qistina dan Nurlisda
Mariyah dan Farah
Atikah dan Tyeisha
Sharifah dan Sajeedah
Credits
Layout done by runningtoyou. with the help of my portfolio's icons over here.
|
Buah Fikiran
Pandangan Anda
|
Perbincangan
I am a toilet bowl, the child of my mama and papa from the Captain Underpants story.
Yeah, I know, I'm super famous, you may ask for my signature if you see me on the streets, but not a photograph, because I'm not photogenic.
My hobbies include rearranging the words on the signboards, eating toilet paper, eating shit for desert and flushing.
I love my girlfriend, the bathtub.
Yeah, that's all you have to know.
'Cause if you know too much, I would have to flush you.
Your profile here.
You can make it long-winded, yay!