Budaya Melayu





Komentar



Apakah permainan layang-layang ?
Khamis, 29 Julai 2010 / 7:22 PTG




Permainan layang-layang, juga dikenali dengan nama wau merupakan satu aktiviti menerbangkan layang-layang tersebut di udara.Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan kerajaan Melayu Pattani (Thai) memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.Mengikut satu cerita, wau itu pada awalnya adalah permainan tanpa nama. Permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak ini diperbuat dari daun tertentu yang diikat pada tulang belakang daun tersebut dengan tali kelopak batang pisang atau urat-urat daun nenas. Wau dimainkan di tempat yang berangin. Satu waktu, permainan tanpa nama itu putus talinya, dan anak itu pun menangis “wa,wa,wa,wa…”, maka, menurut yang empunya cerita, lahirlah perkataan "Wau". Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung,
wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggangkebayan, wau sewah,wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan.



Permainan Tradisional