Budaya Melayu





Komentar



Permainan gasing
Rabu, 28 Julai 2010 / 8:32 PTG

Sekarang kami akan berkongsi dengan anda tentang permainan gasing.Gasing adalah satu permainan yang amat disukai oleh kanak-kanak pada zaman dahulu.Permainan ini adalah permainan tradisonal orang Melayu pada zaman dahulu.Gasing diperbuat daripada kayu keras. Bentuk gasing itu dibuat menggunakan kapak. Bentuk asas ini kemudian diletakkan pada mesin pengukir untuk mendapatkan bentuk yang lebih menarik.
Gasing leper yang rata di bahagian atas terkenal di Terengganu.Gasing berputar di atas paksi. Paksi gasing itu perlu diperbuat daripada logam yang baik dan tahan. Di Terengganu dan Kelantan, paksi dibuat daripada jarum menjahit. Paksi itu dipakukan di bahagian bawah gasing itu.
Gasing-gasing ini dibuat dengan baik supaya tahan terutamanya gasing pemangkah. Di sekeliling tepinya disalutkan besi. Ini menjadi gasing itu bersinar terutamanya ketika berpusing. Bahagian-bahagian yang tidak disaluti besi dilicinkan dengan teliti supaya imbangannya tidak terjejas.



Permainan Tradisional