Budaya Melayu





Komentar



Permainan Sepak Raga
Khamis, 29 Julai 2010 / 7:37 PTG

Hari ini kami akan berkongsi tentang permainan Sepak Raga.
Permainan Sepak Raga sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Pada masa itu, permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.
Sekarang, Sepak Raga lebih dikenali sebagai Sepak Takraw.
Sepak Takraw bukan sahaja dimain oleh orang bangsa melayu tetapi dimain oleh orang bangsa-bangsa lain. Bola Sepak Raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.
CARA BERMAIN:
Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.
Inilah informasi untuk Permainan Tradisional kami; Sepak Raga

Terima Kasih!



Permainan Tradisional